Wednesday, December 9, 2009

nothing's gonna change my love for you

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever, oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
they’ll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you

Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love
Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing’s gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I’ll be there for you if you should need me
You don’t have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view,
I’ll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don’t want to live without you

Monday, December 7, 2009

dah lame x update

agak lama jugak aku x update blog nie ek..
well.. busy.. busy.. busy..
buat tu buat nie..
ke sana ke mari
busy memanjang pulak sekarang nie..
mengalahkan business woman
ceewaaahhh..
hehehe..
berangan je lebih..

apa2 pon..
aku akan cuba mengupdatekan blog nie bila2 aku lapang..

Saturday, November 28, 2009

selamat bertunang..!!



selamat bertunang buat suziana dan sihma..!!

Thursday, November 26, 2009

26.11.2009


26.11.2009 is my 21st wedding anniversary..!!

Wednesday, November 18, 2009

hhmmm

Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain

If I see you next to never
How can we say forever

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all the times
That I thought would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now

Oh, can't you see it baby
You've got me goin' CrAzY

I wonder how we can survive
This romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance

Monday, October 19, 2009

really annoying..!!

knp payah sgt utk memahami apa yg aku ingin sampaikan? aku ingin kau mengerti kedudukan aku di sini. ditelan mati mak diluah mati bapak.

knp pulak kau meleret2 mengatakan yg tidak2 tak habis2? knp masih ada sgka buruk kau kpd aku? why?? what's the point? u know what? u r really annoying..! i really hate 2 talk with u..! i rather keep my mouth shut than talking 2 u. keep quiet is better than arguing with u.

it's up 2 u 2 think about what i've said or not. aku cuma mahu, sebelum kau buat apa2 yg bersgkut paut ngan aku, kau berfikir dulu. ingat..! aku ada di sini. itu saje. fikirkan situasi aku di sini. tolonglah fahami kedudukan aku di sini. 2 pun klu ada sifat mengasihani.

or maybe kau menggunakan aku utk kepentingan diri kau sendiri? kau mempergunakan aku? no way..! u better don't..! coz i'll hate u more and more.

or maybe kau sengaja mencari pasal ngan aku?

aku pernah benci ngan kau after what u've done 2 me a few years ago. "please don't make me angry coz u wouldn't like me if i'm angry.." memetik kata2 dr david @ incredible hulk.

so please....!!!!!

Thursday, October 15, 2009

memberi dan menerima

dalam kehidupan ini, kita sebagai manusia, harus banyak memberi dari menerima.. x kira dalam bentuk apa jua.. biarpun terpaksa hidup bagai lilin?? membakar diri sendiri untuk menerangi org lain?? tanpa mengharapkan balasan??

Tuesday, September 29, 2009

akhirnyaaa...!!

akhirnya tahun nie dapat jugak aku beraye di rumah aku sendiri.. setelah berbelas tahun beraye di pahang - rumah mertua.. alangkah gembiranya aku ngan anak2..sekurang2nya berlainan suasana.. tidak la sama je setiap tahun..

bukan aku tak suka beraye di sana.. tapi aku sukakan kelainan.. kerana perkara atau benda yang sama2 berulang2 membuatkan aku bosan..

aku jugak teringin beraye di rumah sendiri kerana rumah aku pon dah siap diubahsuai.. bila beraye di rumah sendiri, ada jugak adik beradik, saudara mara dan kawan2 datang beraye jika dibandingkan ngan beraye di pahang.. tak ada sesiapa pon yg nak atau boleh datang.. yg datang semuanya aku tak kenal.. so di manakah keseronokannya beraye??

oleh kerana itu, aku telah berpakat ngan biras2 aku ( persatuan menantu2 bakri ) untuk perancangan beraye di rumah aku.. hehehe.. hasil kerjasama daripada pengerusi ngan setiausaha, akhirnya perancangan kami berjaya.. lol..

dan aku harap.. tahun2 berikutnya akan ada perubahan jugak.. kami persatuan menantu2 bakri akan membuat perancangan atau aktiviti dari semasa ke semasa.. insyaAllah..!! ceewaahh..! well setiausaha..!! what do u think? aku harapkan idea daripada ahli2 yg lain k..

Monday, September 7, 2009

8 September, 2009

hari nie genap laa 16 tahun aku bekerja di sini. tapi takde yg istimewa berlaku. segalanya berjalan seperti biasa.

berbagai2 kerenah manusia aku lihat. berbagai2 dugaan aku lalui. ada suka. ada duka. ada benci. ada sayang. ada tak puashati. banyak sgt PHD. adakalanya aku bosan dengan apa yg berlaku. sehingga adakalanya aku rasa ingin mengundurkan diri. tapi aku masih di sini.! ada mata yg begitu tak menyenangi kehadiran aku di sini. namun aku masih di sini.! hahaha.. alhamdulillah.! Allah menguatkan hati ini untuk terus berkhidmat di sini. syukuurrr.!

tahun lepas, genapnya 15 tahun, aku mendapat sebuah jam tangan 'longines' sebagai cenderamata dari syarikat. aku melonjak kegembiraan.! walaupun aku tau ada hati yg kurang senang dengan pemberian itu. aku buat tak faham.!

aku tak dapat pastikan sampai bila aku akan terus di sini. yg aku pasti suatu hari suatu ketika aku pasti akan mengundurkan diri jugak. yg aku tau, selagi aku di sini, aku akan cuba menjalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin. biar bagaimana diaorg cuba menjatuhkan aku. selagi Allah tetapkan rezeki aku di sini, selagi itu laa aku akan terus di sini. insyaAllah.! biar apa pun yg org lakukan terhadap aku, aku redha dan percaya bahawa Allah ada bersama org2 yg benar.

so.. kita enjoooyyyy...!!! ooopppsss..! jgn salah sangka.! kan lebih baik kita enjoy working dari stress.?

Monday, August 31, 2009

AL-FATIHAH

ms aku tido tdik, "tetiba encik masuk bilik kejutkan aku untuk bagitau aku bahawa cikyong dtg rmh aku. sambil aku bertanya kat mana cikyong? encik kata ada kat depan."

terus aku terjaga dari tido yg tak berapa lena 2 sebab dah pukul 10 pagi. maklum la cuti di bulan pose. tapi aku masih mamai gitu.. aku terus memikirkannya. dah dekat pukul 11 baru la aku terperasan.. CIKYONG KAN DAH MENINGGAL BULAN POSE TAHUN LEPAS..!! Astaghfirullahal'azim..!!

Sedar x sedar dah hampir setahun arwahnya pergi meninggalkan kami. Accident ms naik motor. Arwahnya meninggal dalam bulan pose tahun lepas - 16 sept, 2008.. arwah begitu baik, sabar dan tak pernah nampak arwah marah walau sekali pun semasa hidupnya. semasa hidupnya jugak, arwah sering menyertai tilawah al-quran dan seringkali menjadi JOHAN. aku tidak la berapa rapat dengan arwah tapi arwah begitu rapat dengan encik dan arwah abah. semasa arwah abah sakit, arwah cikyong la yg sering merawatnya. begitu dia mengambil berat.

walau aku tak berapa rapat dengannya, aku sayang padanya. semoga roh mu dicucuri rahmat cikyong ku.! AL-FATIHAH..!!

Sunday, August 30, 2009

TERKENANG KEMBALI

Malam tadi aku mengikuti Majalah 3 yg memaparkan zaman komunis di negara kita nie. Segalanya membuatkan aku terkenang kembali waktu itu.

Pada masa itu, aku tinggal di sungai siput, salah satu tempat komunis bermaharaja lela. Waktu itu, aku masih kecil. Seringkali penduduk Sungai Siput diperintahkan berkurung. Tentera sentiasa mengawasi kawasan rumah kami.

Akan tetapi, kedua arwah emak dan abah seperti tidak pernah merasa takut. Arwah abah sanggup memohon permit di balai polis untuk pulang ke kampong bertemu kedua arwah tok ngan pah. Setelah mendapat permit tersebut, arwah abah dengan vespanya membawa arwah mak, adik ngan aku ke kampong, melalui jalan yg amat sunyi, melintasi kebun2 getah, melepasi sekatan2 tentera (yg mana kalau tak ada permit, kami akan dianggap komunis lalu ditembak mati) di tengah2 malam. Bayangkan naik vespa berempat..!! Di mana agaknya aku duduk? Ha..! Bukan duduk di antara mak ngan abah taw! Adik aku yg duduk kat situ. Aku? Nak tau? Duduk kat bawah 2, kat spare tyre vespa 2, di celah kelangkang arwah abah..!! Ha..! 2 laa tempat aku..!! hehehehe..betapa tak selesanya aku dok kat situ. Lenguhnya kaki aku bengkok buat beberapa lama kat situ, tak tau la aku nak cakap.

Sesampai di rumah tok ngan pah, aku ngan adik aku mula cari bantal. Tido laa ngantuk sangat. Sampai sana lebih kurang pukul 1 @ 2 pagi. Tapi kami bukannya tido kat sana. Pukul 4 @ 5 pagi kami balik semula ke sungai siput. Begitu la dalam seminggu 3 @ 4 kali berulang alik ke sana.

Begitu la arwah abah ngan mak semasa diaorang masih hidup. Dari vespa ke kereta, arwah mereka mesti membawa kami 2 beradik walau ke mana sahaja diaorang pergi.

Sekarang kenangan tersebut telah 40 tahun berlalu tetapi masih segar dalam ingatan aku. Tak mungkin dapat aku lupakan segalanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat! Amin.!

Saturday, August 22, 2009

1 ramadhan 1430H

hari ini 1 ramadhan.. bermakna bermula laa kita semua umat islam berpuasa.. sama2 laa kita memperbanyakkan amal ibadat sempena bulan yang mulia nie.. semoga segalanya diterima Allah s.w.t. dan diberi pahala yang berlipat kali ganda.. InsyaAllah..! mari laa kita sama2 berdoa supaya kita digolongkan dalam kalangan hambaNya yang soleh.. Aminnn..!

Thursday, August 20, 2009

selamat berpuasa..!

telah tetaplah hari sabtu mula berpuasa. alhamdulillah.

Sunday, August 16, 2009


bismillahirrahmanirrahim..
aku mulakan dengan membaca kalimah ini setiap kali aku hendak memulakan sesuatu kerja, perjalanan, makan dan minum serta segala-galanya.
semoga segalanya berjalan lancar, ikhlas, halal di sisi Allah s.w.t. dan yang utama sekali diredhai Allah s.w.t.
amin..!

Monday, August 10, 2009

DAH SEDAR KOT..!!??

Hari nie ntah kenapa tiba2 musuh ketat aku sejak beberapa tahun lalu mula menegur aku. Bertanyakan itu ini. Beberapa hari yg lepas, belanja makan nasi lemak (sarapan). Aiii…!!! Ada apa2 ke?? Mimpi apa ke dia? Jgn buang tabiat dah laa..! Hahaha..

2 laa.. Dulu sape yg sombong sgt ngan aku.. Aku tanya elok2, jawabnya menyombong sgt. Dah laa datang tempat orang. Berlagak pulak kan! Macam ANTI sgt ngan aku. Tak pasal2 kena bahasa ngan aku kan. Bertahun jugak laa aku tak layan dia. Aku tak mau menegur dia. Kalau dia datang ke pejabat pun, aku bagi orang lain je yg layan. Aku BOLAYAN..! Sampai sanggup mengadu ngan boss aku, aku tak mahu melayan dia. Ada aku kesah! Sehingga dia sendiri teringin pulak nak bercakap ngan aku nie (kalau betul laa apa yg disampaikan orang). Lucu kan?

Aku tak mau menegurnya selama nie kerana aku sedar ada ketegangan di antara kami. Untuk mengelakkan berselisih faham ngannya lagik, aku ambik langkah mendiamkan diri. Aku rasa itu lebih baik lagik. Bukan berdendam. Lagipun dia dah pun minta maaf bertahun dulu. Lebih baik aku elakkan diri. Maklum laa dia merupakan pelanggan kami. Well.. Customer is always right la kan.. Cukup laa sekali tu aku bahasakan dia.

Aku memang pantang betul tengok org yg berlagak nie tau.. Benci betul..! Kalau ya nak berlagak pun, tengok tempat laa kan. Jangan laa kita berlembut ngan dia, dia pijak2 pulak kepala kita kan. Hari tu dengan tak disangka2, rupa2nya dia berlagak ngan salah org. Ha kau..! Kena sound balik..! Dapat kau..! Aku BENCI..BENCI..BENCI org macam 2..!

Walau apa pun, mungkin dia dah sedar akan kesalahannya.. I hope..! Alhamdulillah.!

Friday, August 7, 2009

SIAPA AKU?????

Siapa aku di sini sebenarnya?



Kononnya aku ni Ketua Kerani kat sini. Tapi macam tunggul je dia orang buat. Cakap aku tak de sape yang dengar. Arahan aku tak de sape yang peduli. Lain yang aku arahkan, lain yang dia orang buat. Ada aku di sini bagai tiada. Aku seolah2 tak diperlukan di sini lagi. Kalau aku tak de kat sini, orang tak heran langsung. Malah orang lebih suka. Memang itu yang orang harap2kan selama ini.

Agaknya orang dah betul2 meluat ngan aku. Maklum la aku ni suka2 je marah orang kononnya. Buruk sangat la perangai aku ni. Baran sangat la aku ni. Sampai kalau ada keje kosong kat sini, orang tak berani nak apply kononnya takut tak tahan ngan baran aku ni. WTH..!!!

Orang lain tak tahu cite sebenar di sini. Aku ni bukan jenis baran tak tentu pasal. Memang aku selalu marah2. Tapi kalau dia orang ada buat salah dalam bab keje je. Buat tak betul, tak kena sehingga boleh menjejaskan keje orang lain ngan syarikat kerana keje di sini berkait. Aku memang tegas dalam bab keje ni. Tak tahu ke dia orang nak membezakan TEGAS dan MARAH?? Tak cukup ngan itu, aku akan disoal pulak ngan boss. Kalau disoal takpe lagik. Kalau dimarah?? Bukan dia orang yang buat salah yang kena marah. Well..! Aku ketua kat sini. Jadi terpaksa la aku hadapinya secara profesional.

Masalahnya sekarang, dah la dia orang tak ambik kesah bab aku, boss pun sama termakan hasutan dia orang. Dia percaya segala cite orang tentang aku. Jelas segalanya fitnah. OMG..!Dulu dia kata dia lebih percaya cakap orang lama tapi apa yang berlaku sekarang ni? Dia lebih percaya cakap orang baru yang belum betul2 mengenali aku atau sengaja tak mahu mengenali aku @ PHD. Aku seolah2 tak diperlukan di sini. Kalau ada apa2, dia akan terus berurusan ngan dia orang, tidak lagik melalui aku. Macam aku pulak yang tak buat keje kan? Macam aku ni pulak yang tak boleh diharap kan? Sedangkan selama 16 tahun ni aku jaga syarikat dia macam aku jaga syarikat aku sendiri. Dia orang yang buat keje main2, yang tak de rasa tanggungjawab pada keje, aku pulak yang kena. Patut ke? Do u think i'm stupid, boss? Aku dah faham segala taktik dan putar belit ko, boss..! Segalanya dalam poket aku ni..! Orang politik la katakan. Ko cakap la apa saje. Ko kelentong la apa pun. I'm not that stupid , boss. Diam aku bukan bermakna aku percaya, bukan bermakna aku tak tau apa2. Cuma aku MALAS nak memanjangkan cite. Kalau aku bercakap, nanti aku jugak yang disalahkan, betul tak, boss?? So diam itu adalah tindakan yang sebaik2nya untuk aku dalam menghadapi sesuatu situasi tu.

Manusia ni memang mudah lupa! Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah!

Bila difikirkan segala yang berlaku ini, membuatkan aku rasa ingin mengundurkan diri dari sini. Malah dah beberapa kali aku berhasrat begitu. Tapi suami aku tidak merelakan. Dia suruh aku keje selagi boleh. Lagi pun kalau aku duduk kat rumah bukannya ada sesape pun. Anak2 semua pergi belajar jauh. Belanja aku pun tak de nanti. So aku kena teruskan walau seberat mana tanggungan perasaan aku ni. Aku kena kuat..!! Bantu la aku, ya Allah! Kuatkan la hati hamba Mu ini! Aku serahkan segalanya kepada Mu, ya Allah!

Aku akan cuba untuk tidak mempedulikan segala yang berlaku demi kerana kebenaran dan keikhlasan aku. Biar apa pun orang kata, biar apa pun yang orang nak cakap, aku perlu berdiri dan terus berdiri selagi aku di sini. InsyaAllah. Dengan rahmat Mu ya Allah!

Friday, July 31, 2009

OH TUHAN!

Semalam di pejabat, aku menghadapi tekanan yang amat amat sangat. Agaknya tahap ketabahan aku telah sampai di kemuncak. Aku tak boleh menahan perasaan aku lagi. Lalu aku terus pulang ke rumah kerana aku tak sanggup lagi untuk menghadapi situasi yang begitu menekan. Sesak nafas aku! Aku lepaskan perasaan aku setibanya di rumah tanpa sesiapa mengetahuinya. Sehingga dada ku terasa amat sakit sekali. Tak pernah aku mengalami tekanan yang sebegini sejak 16 tahun aku bekerja di sini.

Satu demi satu masalah menimpa aku di pejabat. Semuanya seolah2 menuding jari kepada aku. Walaupun setiap kesalahan itu tidak berpunca daripada aku. Semuanya berpunca daripada mereka2 yang tidak bertanggungjawab. Tak cukup dengan itu, aku difitnah begitu dan begini. Oh Tuhan ! Sesungguhnya doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah! Jangan lupa itu kawan2 ku.

Petang semalam aku tak masuk kerja semula. Hari ini pun aku masih tak masuk kerja. Mungkin esok lusa pun sama. Aku tak heran kalau boss nak marah macamana sekali pun. Nak tolak gaji ke apa ke. Terpulang! Namun aku tak sanggup lagi berada di pejabat itu buat masa ini. Aku ingin menenangkan perasaan aku yang tidak keruan ini. Aku tak boleh bekerja dalam keadaan ini. Aku benar2 tak boleh!!

Sesiapa saja yang rapat dengan aku, akan mengatakan bahawa aku ni sabar orangnya. Kalian juga mengatakan bahawa aku boleh melalui segalanya dengan tenang dan tabah. Tapi sedarkah kalian semua bahawa aku juga manusia biasa seperti kalian?? Aku cuma manusia biasa! Aku sebenarnya tak kuat! Tak kuat! Cuma di luar nampak tenang tapi jauh di sudut hati, hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana bergelodaknya jiwa ini. Aku selalu menangis di dalam hati tanpa sesiapa mengetahuinya.

Kebetulan malam tadi merupakan malam Jumaat. Alhamdulillah! Aku dapat menunaikan solat hajat dan membaca Yasin. Semoga doa2 ku dikabulkan Allah s.w.t.! Hari ini jiwa aku sedikit tenang. Syukur ke hadrat Allah!


Namun untuk kembali ke pejabat, aku masih belum mampu lagi. Sorry boss! Bukan kehendak aku untuk jadi begini. Mungkin apa yang berlaku selama ini adalah disebabkan boss sendiri yang tidak tetap pendirian. Boss terlalu mudah percaya apa sahaja yang orang sampaikan walaupun ia merupakan fitnah untuk menjatuhkan aku. Tapi boss tak sedar. Jika mereka2 menjatuhkan aku, bermakna mereka juga hendak menjatuhkan syarikat yang boss bina sejak 16 tahun yang lalu. Apakah boss perasan itu semua? Kerana selagi aku di situ, boss, mereka tidak boleh membuat sewenang-wenangnya terutama sekali bab kewangan!. Sebab aku adalah seorang yang berpendirian tegas dan sentiasa mengikut apa sahaja arahan boss! Apakah boss tidak faham lagi bagaimana aku bekerja selama ini? 16 tahun bukannya masa yang singkat, boss! Sepatutnya boss sudah pun memahami bagaimana orang yang bernama aku! That’s why!

Boss juga pilih kasih! Benar2 pilih kasih! Bukan aku ni cemburu atau pun busuk hati! Not me! Tapi patutkah sekiranya dia orang buat salah dan tak bertanggungjawab dalam kerja, boss langsung tak marah? Sedangkan aku yang bertungkus lumus menjaga syarikat boss, dipersalahkan? Apakah ini adil boss? Apakah kau tau boss, disebabkan boss begitu, kerja2 di pejabat begitu TIDAK teratur. Bersepah sana sini! Kerja bertangguh! Tidak up-to-date langsung! Rekod tak lengkap! Lain yang disuruh, lain yang dibuat! Tak tau tapi nak tunjuk pandai! Tak ikut arahan langsung! Aku dibuat macam tunggul kayu mati di situ! Ada bagai tiada! Arahan aku bagai angin lalu sahaja! Terutama sekali orang yang boss sayangi kononnya! Fail2 tidak disusun dengan elok! Apakah pekerja begini yang boss sanjung tinggi? Menatang bagai minyak yang penuh? Hanya aku yang tau keadaan sebenar di pejabat, boss! But you know NOTHING!! Apakah ini boss yang saya kenal sejak 16 tahun dulu?

Aku juga tau, boss tak mahu memarahi mereka kerana bimbang mereka berhenti kerja. Maklumlah kalau ada kerja kosong di situ, tiada siapa yang berani untuk memohon selagi aku ada. Aku tau, angin fitnah bertiup kencang di luar sana mengenai aku. Kononnya aku ni sering marah2 membuatkan tiada siapa yang tahan bekerja di situ. Tapi kenalkah boss kepada aku? Yang sebenarnya aku marah sebab mereka2 tak membuat kerja dengan betul dan sempurna? Sedangkan selain dari kerja, aku layani mereka dan bercampur gaul dengan mereka bagai aku bergaul dengan anak2 aku sendiri. Bergelak ketawa. Berjalan sana sini dengan mereka. Makan bersama2. Aku jugakah yang dipersalahkan?

Walau apa pun boss, tolong jangan paksa aku untuk bekerja buat masa ini. Aku benar2 tak boleh. Cuma aku harapkan boss dapat menangani setiap masalah selama ketiadaan aku. I am really sorry boss!! Please take a good care of your own company. I know that I am not good enough for you. But all these days, I have tried the very best of me as your employee and as a senior. And I will always be.

Saturday, July 18, 2009

happy birthday to me..! happy birthday to me..!

hari lahir aku jatuh pada hari ini tanggal 18 Julai.. hari lahir yg ke berapa? hehe... sssyyyhhhh...! rahsiaaa..! (rahsia yg tak berapa nak rahsia) ala.. muda lagik apa.. masih nakal2 lagik taw.. tak habis2 nak ngusik org.. nak buli org.. tak taw laa kenapa.. suka sgt bab 2.. dah jadik hobi ms lapang lak skang nie.. hehe.. nasib laa sape yg jadik mangsa kan.. sabo je laa ek.. hihihi..

takde apa yg istimewa yg berlaku pada hari nie.. kecuali.. yg paling istimewa adalah hadiah drpd husband aku.. eee.. seronoknya dapat hadiah..! tak ketinggalan ucapan2 "happy birthday" drpd anak2 permata hati aku, ira ngan shafiq, kawan2 anak aku, sha, ida ngan ana, anak kakak aku. tak lupa gak mms comel dari bekas rakan sepejabat aku, ah keow.



kawan2 pejabat aku?? nampaknya diaorg lupa ataupon sengaja buat2 lupa.. takpe laa.. aku tak kesah.. aku tak harap pon diaorg celebrate apa2.. takkan aku nak ingatkan diaorg lak kan??!! macam apa laa pulak.. so.. just forget about it.. don't worry.. i really don't mind.. its ok..

malam aku pegi dinner ngan husband aku.. jgn jeles ek anak2.. mak gi dating ngan abah..! hehehe.. aduhh..! kekenyangan aku.. errrpp..! alhamdulillah..

tak kesah laa apa yg berlaku..
yg penting aku happy hari nie..
syukur ke hadrat Allah.

Saturday, July 11, 2009

alhamdulillah..!!

ari nie aku laa org yg pling2 gmbira.
org yg aku syg, org yg aku ksih, tlh trbuka htnya utk mnunaikn suruhan Allah s.w.t.
yg tlh lm d tgglkn.
alhamdulillah.. syukur..!!
doa aku tlh d mkbulkan.


ya Allah..!
ampunkn laa sgla dosa2nya.
brikn laa ptunjuk kpdnya.
limphkn laa rhmt utknya.
tntramkn laa htnya.
brikan laa kekuatn kpdnya utk menghadapi sgla dugaan hdup.
amin..!!

Wednesday, July 8, 2009

happy birthday my dear husband


ari nie ari lahir husband aku yg tercinta. xde apa yg istimewa pd ari nie. cm mcm thun2 sblomnya, adiah msti ada utknya. xprnh aku lupa sjak dlu lgik. dlu skrg2nya aku bg kad ucp slmt.
"SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 45..!!
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..!!
serta dirahmati Allah s.w.t. sentiasa..!!

Friday, July 3, 2009

kmbali sprti biasa

ari nie khidupn aku blik sperti biasa. tggl br2 je ngan suami trcinta. ank2 dh pg bljr. aku ngan keje aku. suami aku ngan keje dia. tp ari nie dia ct. lepak kt rmh ngan wiring rmh kmi yg hmpir siap. aku sibuk ngan keje aku yg trgndala sbb ct smlm. ltih ngan mngntuk sgt mt aku nie. tp trpksa aku lupakan wat smtara wk2 dmi utk mnyiapkn keje2 aku. mklum laa awl bln mmg bgni. sblh2nya aku elak ct wk2 awl bln. sbb ia akn mnyusahkn aku sdiri. lgpon aku nie blh diktakan 'workaholic'. hahaha.. 2 yg slalu aku kn bebel ngan 'tok' 2 (biasa mak nenek yg mbebel kn). lmbt blik laa.. keje xkira wk2 laa.. ari ct pon nk keje gak.. well.. that's me.. 1 ari aku dok kt rmh, aku xtau nk wat pe. ke dpn ke blkg. dh pnt dok, bdiri lak. pnt bdiri, dok blik. wat 2 xkena, wat nie xkena. pe pon yg aku wat, srba xkena. jdik lbih baik aku keje. keje, keje ngan keje. dpt gak wit. blh laa bli pe yg aku inginkn. x laa hrp suami aku 100%. klu aku dok rmh, xde wit. klu xde wit, aku xdpt pg jln2.. huwaa...!! 2 yg blh wat aku skit jiwa tau x.. 2 slh 1 hobi aku. pg jln2 wat jiwa aku tenang.

snyi.. xde glak ktawa ngan riuh ank2 bertekak. tp aku dh biasa. aku trpksa brkorban dmi utk ms dpn ank2 aku sdiri. smoga ank2 aku hdup sng d ms dpn. ingt ank2 aku..! jgn skali2 tgglkn solat 5 wk2. sntiasa brdoa memohon drpdNya tnpa ada rs jemu. jgn skali2 lupa kpdNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.. Maha Berkuasa.. Dia yg mngatur ngan menentukan sglanya. Maha Suci Allah. mk akn stiasa mndoakn ank2 mk.

Thursday, July 2, 2009

2.7.2009

ari nie aku sekeluarga hntar ank llaki aku msuk kbu international college sbagai persediaan utk ke australia 2011.. lega sgla2nya dh slsai tnpa ada sebrg mslh.. alhamdulillah..

Thursday, June 25, 2009

??????

aku pelik tgk org mcm nie..
klu rs dh pndai sgt. dan rs aku nie bengap sgt, knp xbuat smua 2 sdiri? buat la..! nie yg dihrpkan aku jgak.. soh aku 2 soh aku nie.. dia sdiri xnk buat apa2.. tgk pon xnk.. apa lgik nk uruskan smuanya.. buat endah xendah je.. buat slamba je.. asyik sibuk ngan hl lain je.. pndai sruh ngan pndai ckp je kn?? bl org mntk pndpt, jwbnya apa "alah.. buat je la.." 2 org mntk pndpt.. blom lgik org bg pndpt.. fhm2 je laa.. klu org ego xbrtmpt nie kn..

aku btul2 kecewa dgn org sebegini..
apa laa slhnya sm2 ambik brt dlm smua prkara? sm2 buat apa yg ptut.. sm2 brkejesm.. sm2 brtlak ansur.. sm2 mniskn mk.. kn sronok.. kn bhgia rsnya.. ceria suasana.. sgala2nya dbuat brsm..

nie x..
asyk tnjuk mk kerreekk je.. brckp pon dh xreti nk ckp elok2 nk ckp lmbut.. mcm bnci sgt.. lm2 naik mnyampah plak aku tgk.. tp aku msih bleh brtahan.. insyaAllah.. aku msih mndiamkan diri..
sabooo....!!!

Monday, June 22, 2009

geram pulak aku..!

sjak dr pagi, aku ke hulu ke hilir menguruskan persediaan utk ank aku msk kolej..

pkl 1.30 tghri aku ngan ank aku smpai di hosp t.intan.. pegi laa ke kantin dlu smtara tggu pkl 2.. lpas mkn, kmi pun trus laa ke jab pesakit luar utk buat medical checkup..

kmi pn bgtau laa tujuan kmi dtg kt kaunter 10 tu.. dia soh dtg blik pd 3 jul..!! tnpa tgk lgsg brg ngan srt twran ank aku..!! aku pun mintak laa tlg ngan dia spya dipercptkan tarikh tu sbb tarikh dftr kt kolej tu 2 jul.. tp dia msih berkeras gak.. tggu sorg lgik.. mintak tlg, merayu & mcm2 ikhtiar aku gunakan.. mcm2 alasan diaorg.. aku cb & cb & cb lgik.. dr suara aku lmbut jdik kras ngan tgas gitu.. akhrnya dpt jgk buat medical checkup tu hr ni.. bbrp kptsn kn tggu 1 jul.. ok laa tu kn..

yg buat aku geram.. si melayu botak tu..! x bole tlg lgsg ke?? asyk2 ckp appointment 3 jul.. ko fhm ke x ckp org? fhm ckp melayu ke x? brp x aku nk ckp.. dftr 2 jul.. x reti bahasa ke apa si botak ni.. oleh sbb dia tu x reti bahasa, maka aku pun BAHASAkan laa.. pdn mk.. snyp trus.. x brckp dh.. buat lgik... sorry ek.. slh org nk buat gitu k..

sorg lgik tu india.. india lbih bgus lgik.. mau tlg.. dia pun sbuk psl medical checkup tu sbb arhn dr jpa.. hrpkn org melayu sdiri, eksen je lbih.. go to hell laa..

akhrnya slsai jgak urusn aku hr nie.. alhamdulillah syukuuur!!!

Thursday, June 18, 2009

happy birthday my dear sue



wah...wah...wah...
sukenyer diee......!
dpt kek...
dpt hdiah lgik ek..
hehehehe
amboi..amboi..amboi...
betuahnyer bdn..

wlau apa pon..
sy ucapkan..
"SELAMAT HARI LAHIR"
"SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI"
"DAN DIRAHMATI ALLAH.S.W.T. SELALU"

Saturday, June 13, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU..!!








ari nie aku g ke mjlis prsandingan ana rakan sepjbt aku..
bsama2 ngan rakan sekeje aku yg lain..
kcoh gak laa kmi di sn..
tmbh2 jmpa ngan bkas rakan sekeje dlu iaitu G..
wahhh.. jdik pengapittt...!
ai... pas ni xlm g G laa plak ek.. hehehehe..
amin...! mudah2an masin laa mlut aku..!

bl diamati... amboi.. sgla2nya 'pink colour'..
tau la ko sk ngan warne pink..
aku pon sk gak warna pink.. cantik..

di sini ingin aku mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kpd ana.."SEMOGA BERBAHAGIA SELALU DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T. HINGGA KE ANAK CUCU"

xlupa kpd G..
sronok dpt jmpa ko..
rindu ngan kerenah2 ko..
wlupun bru bbrp bln je kt xbrjmpa stlh ko brpindah ke penang..
sbnarnya ketiadaan ko xde pggantinya..
all of us really miss u very much..

Sunday, May 24, 2009

prsoaln ht yg xde ksudahn

aku xsk mnyusahkn org & aku gak xsk org mnyusahkn aku.

aku fhm mslh yg dihdapi org tapi adakh org memhami mslh aku?

aku gak sk mnolong org bl d timpa ksusahan.. InsyaAllah..!
tp adakh org sudi mnolong aku apabila aku d dlm kesukaran?

aku xlokek ngan wang rggt aku.
tp org trlalu kedekut ngan aku. brkira sgt ngan aku.

aku akn ambk brt bl org yg skit.
aku akn lyn yg spatutnya.
tp adakh org akn kisah bl aku skit lak?

aku sring mngambil brt wlau apa pn mslh org..
tp ………….

sring x ini laa yg blaku spnjg hdup aku..

aku ke yg bsalah?
aku ke yg kjam?


smoga aku d kalangan org2 yg sbr & sgla yg blaku mjadi pahala bagi ku. amin..!!

Thursday, May 21, 2009

oh.. pizza hut..! i'm coming..!!


ari 2 aku kmplen laa kt pizza hut on9 psl customer service kt t.itn 2.. yg mmg worst 2.. maka smlm dpt laa aku call dri ipoh.. aku pon cite laa apa yg sebenonye dh blaku.. cite pnyer cite pnyer cite.. akhr skali........ "bl2 puan pg ke p.hut, puan blh call sy utk dpt diskaun" btapa gumbirenye aku.. blh laa aku pg mkn sup cendawan lgik.. hehehehe..

rindu nk pg nilai...!!

aku nk pg nilai..
nk pg jln2..
tp fulus xbape nk ckup..
nk ubhsuai rmh lgik..
utk ank aku smbung belajo lgik..
utk keperluan harian aku ngan ank2 lgik..
aduhai..
pening2..!

aku rindu kakak ngan ank2 buah serta cucu2 kakak ku (cucu aku gak laa!)
tp mcmn ek??

Tuesday, May 19, 2009

makan..makan..makan..












saje le nk cite kt sini kan.. hehe..
psl bab mkn ni..
mmg staff ue nie hantu.. tmasuk laa aku kan..
(klu xmention sX nti de org marah lak!)
skjap je ltak dh hbis..!
(skjap de skjap xde)
smua shati sjiwa..
(ms G de la of coz!)
2 sbb laa smua sihat2 blaka.. hehe..
eh... jgn ingat yg kcik 2 xkuat mkn ek..
yg kcik 2 laa ya PALING kuat mkn taw..!
jgn xcaye..! hahahaha...!
apa yg pnting..
adalh kmesraan & keakraban di antara kami..
slain dri wk2 keje yg serius, kmi enjoy di luar..
sgala knangan manis nie akn ttp di ingtn..
time ksih su, ila, ana ngan G..!
krna menCERIAkan khidupn nie..!




Monday, May 18, 2009

xde mood k...!!!

dh bape ari aku x update blog..
aku kehilangan mood utk mnulis..

aku kehilangan mood utk berborak..
aku kehilangan mood utk bergurau..
aku kehilangan mood utk bekerja..
malah aku kehilangan mood utk sgala2nya..!
omg..!
what is happening 2 me??

Saturday, May 9, 2009

aku ke ipoh

aku mc dari semalam sampai hr nie.. batuk xsdah2.. skit daa peparu aku.. kononnya nk relax kt umah..

semalam pas tgk shafiq ambik piala ngan sijil sebagai anugrah kecemerlangan spm 2008, aku ngan shafiq trus ke ipoh..

wah.. pg jalan ke ipoh bgai jalan ke t. intan je.. jgn xcaye.. skit 2 skit gak.. jln, jln gak.. hehe..

jln2 kat jusco.. ipoh parade.. haa.. kat ipoh parade tgk wyg.. haha.. cite 'star trek'.. best gak..!

pas 2 trus balik.. dlm perjlnan blik kat t.intan.. alamak terlanggar anjing...!! omg..!! kete kt dpan aku dh langgar dulu.. tau2 dh tergolek kt dpan aku.. aku plak xsempat brek maka tergelek laa.. xtau la anjing 2 mmg dh habis hayatnya sblum aku lggar @ x.. sorry laa.. aku xsngaja.. btul2 xsengaja..!!

tp ari nie aku nak rehat kt umah... mkn ubt.. tido.. dok dpan comp.. masak? xpe shafiq de.. hehe.. jgn mara..!

Tuesday, May 5, 2009

cobaan..

ari nie aku terkena lagik... ntah apa nasib aku nie.. asyik terkena je.. truk sgt ke aku nie? buruk sgt ke prangai aku nie? buat begini salah.. buat bgitu salah.. aku yg truk ke org yg truk?

yg org xsnang ati sgt tgk aku 2 nape? busuk perut betul laa.. ehhh... tolong laaa... mind ur own business k... yg korg SEEBBOOOOK sgt 2 nape?? klu korg nk jek CINA LALANG 2 setinggi langit pon, aku peduli hape... tp jgn la burukkan org lak..

klu keje 2 jg hl luar je, jgn la sebok gak kt dlm.. dlm 2 aku yg jg... ko tau ape? xtau ujung pgkal masuk campur.. klu dh jnis busuk ati... baunya mak datuk... melantong...! bercerita yg tidak2.. yg xde ditokok tambah.. ko hingat aku nie ape?

aku terfikir lak.... citenya sensasi... eloknya dibuat majalah khas untuk tempat nie.. muka dpan terpampang gmbar aku.. abis.. hot story buat ms skang nie adalah aku..
aku... aku... aku...
di dlmnya pnuh ngan cite aku... hehehe.. glamour gak aku nie kan..?

sabar je la ati..!

Monday, May 4, 2009

hmm..sup cendawan pizza hut..!

agak bosan keje hari ni.. x boleh buat keje sebab banyak dokumen yang takde..
hmmm... aku teringin lak nak makan sup cendawan pizza hut..
apa lagik.. aku pun terus ke pizza hut teluk intan..
agak lama gak x pegi sana.. rupa2nya dah pindah tempat.. ke bandar baru..
smpai di sana.. WOW.. dah luas dan cantik.. not bad..!

sesampai di sana, terus naik ke tingkat atas..
duduk kat sana tunggu dan tunggu org ambik order.. akhirnya datang gak org 2.. its ok..!
dah order.. sampai la sup cendawan yg diidamkan.. apa lagik ngap la..
tunggu, tunggu dan terus tunggu.. mana pizza yg dipesan tadik.. sup pun dah habis masuk perut..
relax..! (dalam ati xtau la nak cakap)
akhirnya.. sampai gak dia (pizza 2 laa).. alamak..!! dah sejuk daa...!!!

betapa xcekapnya pekerja di situ..
nasib baik la angin aku baik sikit ari ni..
kalau x....................!!!!!

keje..keje..keje..

ari ni aku keje..

ari yg spatutnya aku relax kt umah..
namun apa kan daya.. dah terpaksa..

Saturday, May 2, 2009

kenapa ngan perut aku..

kenapa ngan perut aku ni??
x slesa langsung.. bulat bagai belon nak meletup je..
berjalan pun dah ngengkang je.. mengalahkan org tgh sarat..
dah makan bermacam jenis ubat tapi masih begini..
apa yg x kena ni..
aduuuhhh..

Friday, May 1, 2009

blajo wat blog

haha..
ntah ngape tengah2 malam nie teman teghingat pulak ndak wat blog..
teman dalam bab2 cam nie, sebenonyer x beghape gemo ngan x beghape ghajin tapiiii...
teman ghase...
teman peghelu 1 tempat tuk teman luohkan ape yg tebuku dalam ati ni..

sape2 yg sudi mengajo teman, sile ler ajo..
teman cakap teghuih teghang nie...
teman idak beghape pande..
teman ucapkan teghime kaseh sbab tolong teman..

jeng jeng jeng
teman doh masok egha baghu....
egha wat blog...