Monday, August 31, 2009

AL-FATIHAH

ms aku tido tdik, "tetiba encik masuk bilik kejutkan aku untuk bagitau aku bahawa cikyong dtg rmh aku. sambil aku bertanya kat mana cikyong? encik kata ada kat depan."

terus aku terjaga dari tido yg tak berapa lena 2 sebab dah pukul 10 pagi. maklum la cuti di bulan pose. tapi aku masih mamai gitu.. aku terus memikirkannya. dah dekat pukul 11 baru la aku terperasan.. CIKYONG KAN DAH MENINGGAL BULAN POSE TAHUN LEPAS..!! Astaghfirullahal'azim..!!

Sedar x sedar dah hampir setahun arwahnya pergi meninggalkan kami. Accident ms naik motor. Arwahnya meninggal dalam bulan pose tahun lepas - 16 sept, 2008.. arwah begitu baik, sabar dan tak pernah nampak arwah marah walau sekali pun semasa hidupnya. semasa hidupnya jugak, arwah sering menyertai tilawah al-quran dan seringkali menjadi JOHAN. aku tidak la berapa rapat dengan arwah tapi arwah begitu rapat dengan encik dan arwah abah. semasa arwah abah sakit, arwah cikyong la yg sering merawatnya. begitu dia mengambil berat.

walau aku tak berapa rapat dengannya, aku sayang padanya. semoga roh mu dicucuri rahmat cikyong ku.! AL-FATIHAH..!!

Sunday, August 30, 2009

TERKENANG KEMBALI

Malam tadi aku mengikuti Majalah 3 yg memaparkan zaman komunis di negara kita nie. Segalanya membuatkan aku terkenang kembali waktu itu.

Pada masa itu, aku tinggal di sungai siput, salah satu tempat komunis bermaharaja lela. Waktu itu, aku masih kecil. Seringkali penduduk Sungai Siput diperintahkan berkurung. Tentera sentiasa mengawasi kawasan rumah kami.

Akan tetapi, kedua arwah emak dan abah seperti tidak pernah merasa takut. Arwah abah sanggup memohon permit di balai polis untuk pulang ke kampong bertemu kedua arwah tok ngan pah. Setelah mendapat permit tersebut, arwah abah dengan vespanya membawa arwah mak, adik ngan aku ke kampong, melalui jalan yg amat sunyi, melintasi kebun2 getah, melepasi sekatan2 tentera (yg mana kalau tak ada permit, kami akan dianggap komunis lalu ditembak mati) di tengah2 malam. Bayangkan naik vespa berempat..!! Di mana agaknya aku duduk? Ha..! Bukan duduk di antara mak ngan abah taw! Adik aku yg duduk kat situ. Aku? Nak tau? Duduk kat bawah 2, kat spare tyre vespa 2, di celah kelangkang arwah abah..!! Ha..! 2 laa tempat aku..!! hehehehe..betapa tak selesanya aku dok kat situ. Lenguhnya kaki aku bengkok buat beberapa lama kat situ, tak tau la aku nak cakap.

Sesampai di rumah tok ngan pah, aku ngan adik aku mula cari bantal. Tido laa ngantuk sangat. Sampai sana lebih kurang pukul 1 @ 2 pagi. Tapi kami bukannya tido kat sana. Pukul 4 @ 5 pagi kami balik semula ke sungai siput. Begitu la dalam seminggu 3 @ 4 kali berulang alik ke sana.

Begitu la arwah abah ngan mak semasa diaorang masih hidup. Dari vespa ke kereta, arwah mereka mesti membawa kami 2 beradik walau ke mana sahaja diaorang pergi.

Sekarang kenangan tersebut telah 40 tahun berlalu tetapi masih segar dalam ingatan aku. Tak mungkin dapat aku lupakan segalanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat! Amin.!

Saturday, August 22, 2009

1 ramadhan 1430H

hari ini 1 ramadhan.. bermakna bermula laa kita semua umat islam berpuasa.. sama2 laa kita memperbanyakkan amal ibadat sempena bulan yang mulia nie.. semoga segalanya diterima Allah s.w.t. dan diberi pahala yang berlipat kali ganda.. InsyaAllah..! mari laa kita sama2 berdoa supaya kita digolongkan dalam kalangan hambaNya yang soleh.. Aminnn..!

Thursday, August 20, 2009

selamat berpuasa..!

telah tetaplah hari sabtu mula berpuasa. alhamdulillah.

Sunday, August 16, 2009


bismillahirrahmanirrahim..
aku mulakan dengan membaca kalimah ini setiap kali aku hendak memulakan sesuatu kerja, perjalanan, makan dan minum serta segala-galanya.
semoga segalanya berjalan lancar, ikhlas, halal di sisi Allah s.w.t. dan yang utama sekali diredhai Allah s.w.t.
amin..!

Monday, August 10, 2009

DAH SEDAR KOT..!!??

Hari nie ntah kenapa tiba2 musuh ketat aku sejak beberapa tahun lalu mula menegur aku. Bertanyakan itu ini. Beberapa hari yg lepas, belanja makan nasi lemak (sarapan). Aiii…!!! Ada apa2 ke?? Mimpi apa ke dia? Jgn buang tabiat dah laa..! Hahaha..

2 laa.. Dulu sape yg sombong sgt ngan aku.. Aku tanya elok2, jawabnya menyombong sgt. Dah laa datang tempat orang. Berlagak pulak kan! Macam ANTI sgt ngan aku. Tak pasal2 kena bahasa ngan aku kan. Bertahun jugak laa aku tak layan dia. Aku tak mau menegur dia. Kalau dia datang ke pejabat pun, aku bagi orang lain je yg layan. Aku BOLAYAN..! Sampai sanggup mengadu ngan boss aku, aku tak mahu melayan dia. Ada aku kesah! Sehingga dia sendiri teringin pulak nak bercakap ngan aku nie (kalau betul laa apa yg disampaikan orang). Lucu kan?

Aku tak mau menegurnya selama nie kerana aku sedar ada ketegangan di antara kami. Untuk mengelakkan berselisih faham ngannya lagik, aku ambik langkah mendiamkan diri. Aku rasa itu lebih baik lagik. Bukan berdendam. Lagipun dia dah pun minta maaf bertahun dulu. Lebih baik aku elakkan diri. Maklum laa dia merupakan pelanggan kami. Well.. Customer is always right la kan.. Cukup laa sekali tu aku bahasakan dia.

Aku memang pantang betul tengok org yg berlagak nie tau.. Benci betul..! Kalau ya nak berlagak pun, tengok tempat laa kan. Jangan laa kita berlembut ngan dia, dia pijak2 pulak kepala kita kan. Hari tu dengan tak disangka2, rupa2nya dia berlagak ngan salah org. Ha kau..! Kena sound balik..! Dapat kau..! Aku BENCI..BENCI..BENCI org macam 2..!

Walau apa pun, mungkin dia dah sedar akan kesalahannya.. I hope..! Alhamdulillah.!

Friday, August 7, 2009

SIAPA AKU?????

Siapa aku di sini sebenarnya?



Kononnya aku ni Ketua Kerani kat sini. Tapi macam tunggul je dia orang buat. Cakap aku tak de sape yang dengar. Arahan aku tak de sape yang peduli. Lain yang aku arahkan, lain yang dia orang buat. Ada aku di sini bagai tiada. Aku seolah2 tak diperlukan di sini lagi. Kalau aku tak de kat sini, orang tak heran langsung. Malah orang lebih suka. Memang itu yang orang harap2kan selama ini.

Agaknya orang dah betul2 meluat ngan aku. Maklum la aku ni suka2 je marah orang kononnya. Buruk sangat la perangai aku ni. Baran sangat la aku ni. Sampai kalau ada keje kosong kat sini, orang tak berani nak apply kononnya takut tak tahan ngan baran aku ni. WTH..!!!

Orang lain tak tahu cite sebenar di sini. Aku ni bukan jenis baran tak tentu pasal. Memang aku selalu marah2. Tapi kalau dia orang ada buat salah dalam bab keje je. Buat tak betul, tak kena sehingga boleh menjejaskan keje orang lain ngan syarikat kerana keje di sini berkait. Aku memang tegas dalam bab keje ni. Tak tahu ke dia orang nak membezakan TEGAS dan MARAH?? Tak cukup ngan itu, aku akan disoal pulak ngan boss. Kalau disoal takpe lagik. Kalau dimarah?? Bukan dia orang yang buat salah yang kena marah. Well..! Aku ketua kat sini. Jadi terpaksa la aku hadapinya secara profesional.

Masalahnya sekarang, dah la dia orang tak ambik kesah bab aku, boss pun sama termakan hasutan dia orang. Dia percaya segala cite orang tentang aku. Jelas segalanya fitnah. OMG..!Dulu dia kata dia lebih percaya cakap orang lama tapi apa yang berlaku sekarang ni? Dia lebih percaya cakap orang baru yang belum betul2 mengenali aku atau sengaja tak mahu mengenali aku @ PHD. Aku seolah2 tak diperlukan di sini. Kalau ada apa2, dia akan terus berurusan ngan dia orang, tidak lagik melalui aku. Macam aku pulak yang tak buat keje kan? Macam aku ni pulak yang tak boleh diharap kan? Sedangkan selama 16 tahun ni aku jaga syarikat dia macam aku jaga syarikat aku sendiri. Dia orang yang buat keje main2, yang tak de rasa tanggungjawab pada keje, aku pulak yang kena. Patut ke? Do u think i'm stupid, boss? Aku dah faham segala taktik dan putar belit ko, boss..! Segalanya dalam poket aku ni..! Orang politik la katakan. Ko cakap la apa saje. Ko kelentong la apa pun. I'm not that stupid , boss. Diam aku bukan bermakna aku percaya, bukan bermakna aku tak tau apa2. Cuma aku MALAS nak memanjangkan cite. Kalau aku bercakap, nanti aku jugak yang disalahkan, betul tak, boss?? So diam itu adalah tindakan yang sebaik2nya untuk aku dalam menghadapi sesuatu situasi tu.

Manusia ni memang mudah lupa! Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah!

Bila difikirkan segala yang berlaku ini, membuatkan aku rasa ingin mengundurkan diri dari sini. Malah dah beberapa kali aku berhasrat begitu. Tapi suami aku tidak merelakan. Dia suruh aku keje selagi boleh. Lagi pun kalau aku duduk kat rumah bukannya ada sesape pun. Anak2 semua pergi belajar jauh. Belanja aku pun tak de nanti. So aku kena teruskan walau seberat mana tanggungan perasaan aku ni. Aku kena kuat..!! Bantu la aku, ya Allah! Kuatkan la hati hamba Mu ini! Aku serahkan segalanya kepada Mu, ya Allah!

Aku akan cuba untuk tidak mempedulikan segala yang berlaku demi kerana kebenaran dan keikhlasan aku. Biar apa pun orang kata, biar apa pun yang orang nak cakap, aku perlu berdiri dan terus berdiri selagi aku di sini. InsyaAllah. Dengan rahmat Mu ya Allah!