Sunday, July 18, 2010

18.07.2010

Hari ini adalah merupakan hari lahir aku.. tak ada sambutan istimewa.. seperti hari-hari biasa sahaja..

aku mendapat hadiah daripada suami aku yang diletakkan di atas meja solek di waktu aku telah masuk tidur malam tadi.. aku masuk tidur awal kerana hidung aku mula sumbat dan kepala aku terasa berat.. aku hanya menyedarinya apabila bangun dari tidur pagi ni..


pada hari ini juga, aku menghabiskan masa seharian di tepi lombong menemani suami aku memancing.. walaupun badan aku kurang sihat akibat demam selesema.. keluar dari rumah seawal pukul 6.40 pagi dengan harapan untuk mendapat ikan patin.. tetapi hampa.. seekor pun tak dapat.. sampai di rumah semula pukul 7.20 petang..

apa yang aku buat di sana? Di tepi lombong itu?? Haha.. orang lain memancing.. aku??? Makan.. ! lepas makan ubat, aku tidur..! bangun dari tidur, termenung sekejap.. tengok keadaan sekeliling.. menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.. tangkap gambar pemandangan di situ.. inilah hasilnya :-

aku juga bermesej-mesejan dengan anak aku, ira dan kawan lama aku, ogy.. sampai ‘battery low’.. haha.. sambil tu, makan lagi.. masuk waktu zohor dan asar, solat..! aku buka hadiah daripada suami aku tadi.. subang emas berbentuk hati..! how sweet..! thanks a lot my dear..! I appreciate it.. seketika aku terfikir..! ada lagi ke lubang tindik di telinga aku ni? Sebab dah bertahun aku tak pakai subang..!

disebabkan kepala aku terasa berat, aku tidur lagi.. bangun dari tidur, aku makan, makan dan makan lagi.. apa sahaja yang dibawa, aku akan makan.. sehingga suami aku tegur aku ni asyik makan je dari tadi.. well.. apa lagi yang aku boleh buat lagi di situ????? Nasib baik hari ni redup sahaja.. panas cuma sekejap..

Di rumah, selepas solat maghrib, aku buka pula fb.. aku terima ucapan ‘happy birthday’ daripada anak aku shafiq, biras aku aidah, anak saudara aku sharil dan kawan anak aku khairi.. terima kasih semua.. tak lupa juga mesej ucapan daripada anak saudara aku ana lebih kurang pukul 2 pagi, anak aku ira pukul 6.10 pagi.. diikuti bekas rakan sepejabat ah keow.. rakan sepejabat sue.. dan tak ketinggalan rakan lama aku ogy..! terima kasih, terima kasih dan terima kasih semua di atas ingatan itu..! aku begitu menghargainya..!

Beginilah aku menghabiskan masa untuk hari ini.. seronok kan?! :D