Sunday, August 30, 2009

TERKENANG KEMBALI

Malam tadi aku mengikuti Majalah 3 yg memaparkan zaman komunis di negara kita nie. Segalanya membuatkan aku terkenang kembali waktu itu.

Pada masa itu, aku tinggal di sungai siput, salah satu tempat komunis bermaharaja lela. Waktu itu, aku masih kecil. Seringkali penduduk Sungai Siput diperintahkan berkurung. Tentera sentiasa mengawasi kawasan rumah kami.

Akan tetapi, kedua arwah emak dan abah seperti tidak pernah merasa takut. Arwah abah sanggup memohon permit di balai polis untuk pulang ke kampong bertemu kedua arwah tok ngan pah. Setelah mendapat permit tersebut, arwah abah dengan vespanya membawa arwah mak, adik ngan aku ke kampong, melalui jalan yg amat sunyi, melintasi kebun2 getah, melepasi sekatan2 tentera (yg mana kalau tak ada permit, kami akan dianggap komunis lalu ditembak mati) di tengah2 malam. Bayangkan naik vespa berempat..!! Di mana agaknya aku duduk? Ha..! Bukan duduk di antara mak ngan abah taw! Adik aku yg duduk kat situ. Aku? Nak tau? Duduk kat bawah 2, kat spare tyre vespa 2, di celah kelangkang arwah abah..!! Ha..! 2 laa tempat aku..!! hehehehe..betapa tak selesanya aku dok kat situ. Lenguhnya kaki aku bengkok buat beberapa lama kat situ, tak tau la aku nak cakap.

Sesampai di rumah tok ngan pah, aku ngan adik aku mula cari bantal. Tido laa ngantuk sangat. Sampai sana lebih kurang pukul 1 @ 2 pagi. Tapi kami bukannya tido kat sana. Pukul 4 @ 5 pagi kami balik semula ke sungai siput. Begitu la dalam seminggu 3 @ 4 kali berulang alik ke sana.

Begitu la arwah abah ngan mak semasa diaorang masih hidup. Dari vespa ke kereta, arwah mereka mesti membawa kami 2 beradik walau ke mana sahaja diaorang pergi.

Sekarang kenangan tersebut telah 40 tahun berlalu tetapi masih segar dalam ingatan aku. Tak mungkin dapat aku lupakan segalanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat! Amin.!

No comments: