Wednesday, January 13, 2010

bergaya dgn cerminmata baru





ari nie aku bergaya dgn cerminmata baru.. antara cerminmata yg paling mahal dalam hidup aku..!! wah..! terang dunia aku rasakan.. terang jugak la 'purse' aku kan.. hehehe.. tapi aku rasa ia berbaloi.. memandangkan dah teruk sgt 'power' cerminmata aku yg lama sehinggakan aku x dpt laksanakan tugas aku dgn sempurna..

cerminmata lama aku itu baru beberapa bulan aku pakai.. tapi ia x menepati kehendak mata aku.. itu la masalahnya kalau tempah di tempat aku nie kan.. "buat apa beli yg mahal2 asalkan nampak" nie laa apa yg cina kedai tu ckp.. kalau betul jelas pandangan mata aku, satu kelebihan laa pada aku jika ia murah kan.. tapi ia menyusahkan aku ada laa..

so.. terpaksa laa aku tempah yg baru di bandaraya tempat asal aku.. walaupun mahal tapi aku cukup selesa memakainya.. alhamdulillah..!

Monday, January 11, 2010

ntah la berapa lama aku dapat bertahan

ari nie..
aku start exercise..
aku harap aku dapat teruskan setiap ari.. ia amat berat untuk aku lakukan kerana aku dah lama tak buat.. dah bertahun..!

dahulu..
setiap petang aku akan bermain badminton.. bola jaring.. dan berbasikal (sambil memancing perhatian.. hehehe) ..

beberapa tahun yg lalu..
sambil menunggu anak habis kelas malam di sekolah, aku pg aerobik.. yupp.. aerobik..! wah..! seronok aku dapat exercise ngan muzik.. macam menari kan.. lagu rancak pulak 2..

sekarang nie pulak..!
aku exercise ngan nie.......!!!!!!!

Thursday, January 7, 2010

aku tak kisahhh...!

aku tak kisah
samada orang suka atau sayang pada aku atau tidak
aku tak kisah
andaikata orang mengatakan aku nie penyibuk antarabangsa
aku tak kisah
seandainya orang mengatakan bahawa aku nie berlagak nak tunjuk pandai
aku tak kisah
jika ada di antara orang yang rapat dengan aku, menganggap aku menunjuk bahawa akulah yang terbaik dan lebih tahu dalam segala hal

aku tak kisah dan malas nak ambil kisah pasal nie semua
aku hanya lakukan apa yang patut aku lakukan
aku menegur
aku menasihat
aku mengajar
aku beri contoh sebagai teladan dan sempadan

namun
aku tak minta balasan
aku lakukan semua itu hanya kerana Allah s.w.t.
itu tanggungjawab aku selagi aku hidup di dunia ciptaan Allah nie

namun aku juga sedar
aku tidak sempurna
tiada yang lebih sempurna selain Allah
aku berserah kepada Allah untuk menilai dan menghukum aku

jika sekiranya apa yang telah, sedang dan akan berlaku itu
sebagai dugaan atau balasan daripada Allah
aku redha
aku redha kerana Mu ya Allah

oleh yang demikian
tak perlulah kalian menyembunyikan rahsia hati
tak perlulah kalian mengata
tak perlulah kalian menunjukkan muka tak puashati
tak perlulah kalian mempamerkan muka benci meluat

aku akan terima
segala teguran
segala kritikan
segala maki hamun
semoga segalanya menjadikan aku lebih matang dan menjadi pengajaran

sayang..!
sayang..??
aku tak nafikan
setiap orang ingin menyayangi dan disayangi
aku sentiasa menyayangi..!
tapi apakah aku layak untuk disayangi..??
dan tak layakkah aku disayangi..??

apa yang pasti
hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui
isi hati aku
perasaan aku
aku berlindung pada Mu ya Allah
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010..!!!

begitu cepat 2009 berlalu
berbagai2 peristiwa manis, pahit, kelakar dll.
yg sering mengusik hati dan perasaan ini

yg berlalu biarkan berlalu
biar ia menjadi kenangan
biar ia menjadi teladan

semoga 2010 menjadi lebih baik lagi
lebih baik dari 2009
lebih baik dalam segalanya
insyaAllah