Monday, August 31, 2009

AL-FATIHAH

ms aku tido tdik, "tetiba encik masuk bilik kejutkan aku untuk bagitau aku bahawa cikyong dtg rmh aku. sambil aku bertanya kat mana cikyong? encik kata ada kat depan."

terus aku terjaga dari tido yg tak berapa lena 2 sebab dah pukul 10 pagi. maklum la cuti di bulan pose. tapi aku masih mamai gitu.. aku terus memikirkannya. dah dekat pukul 11 baru la aku terperasan.. CIKYONG KAN DAH MENINGGAL BULAN POSE TAHUN LEPAS..!! Astaghfirullahal'azim..!!

Sedar x sedar dah hampir setahun arwahnya pergi meninggalkan kami. Accident ms naik motor. Arwahnya meninggal dalam bulan pose tahun lepas - 16 sept, 2008.. arwah begitu baik, sabar dan tak pernah nampak arwah marah walau sekali pun semasa hidupnya. semasa hidupnya jugak, arwah sering menyertai tilawah al-quran dan seringkali menjadi JOHAN. aku tidak la berapa rapat dengan arwah tapi arwah begitu rapat dengan encik dan arwah abah. semasa arwah abah sakit, arwah cikyong la yg sering merawatnya. begitu dia mengambil berat.

walau aku tak berapa rapat dengannya, aku sayang padanya. semoga roh mu dicucuri rahmat cikyong ku.! AL-FATIHAH..!!

No comments: