Sunday, July 18, 2010

18.07.2010

Hari ini adalah merupakan hari lahir aku.. tak ada sambutan istimewa.. seperti hari-hari biasa sahaja..

aku mendapat hadiah daripada suami aku yang diletakkan di atas meja solek di waktu aku telah masuk tidur malam tadi.. aku masuk tidur awal kerana hidung aku mula sumbat dan kepala aku terasa berat.. aku hanya menyedarinya apabila bangun dari tidur pagi ni..


pada hari ini juga, aku menghabiskan masa seharian di tepi lombong menemani suami aku memancing.. walaupun badan aku kurang sihat akibat demam selesema.. keluar dari rumah seawal pukul 6.40 pagi dengan harapan untuk mendapat ikan patin.. tetapi hampa.. seekor pun tak dapat.. sampai di rumah semula pukul 7.20 petang..

apa yang aku buat di sana? Di tepi lombong itu?? Haha.. orang lain memancing.. aku??? Makan.. ! lepas makan ubat, aku tidur..! bangun dari tidur, termenung sekejap.. tengok keadaan sekeliling.. menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.. tangkap gambar pemandangan di situ.. inilah hasilnya :-

aku juga bermesej-mesejan dengan anak aku, ira dan kawan lama aku, ogy.. sampai ‘battery low’.. haha.. sambil tu, makan lagi.. masuk waktu zohor dan asar, solat..! aku buka hadiah daripada suami aku tadi.. subang emas berbentuk hati..! how sweet..! thanks a lot my dear..! I appreciate it.. seketika aku terfikir..! ada lagi ke lubang tindik di telinga aku ni? Sebab dah bertahun aku tak pakai subang..!

disebabkan kepala aku terasa berat, aku tidur lagi.. bangun dari tidur, aku makan, makan dan makan lagi.. apa sahaja yang dibawa, aku akan makan.. sehingga suami aku tegur aku ni asyik makan je dari tadi.. well.. apa lagi yang aku boleh buat lagi di situ????? Nasib baik hari ni redup sahaja.. panas cuma sekejap..

Di rumah, selepas solat maghrib, aku buka pula fb.. aku terima ucapan ‘happy birthday’ daripada anak aku shafiq, biras aku aidah, anak saudara aku sharil dan kawan anak aku khairi.. terima kasih semua.. tak lupa juga mesej ucapan daripada anak saudara aku ana lebih kurang pukul 2 pagi, anak aku ira pukul 6.10 pagi.. diikuti bekas rakan sepejabat ah keow.. rakan sepejabat sue.. dan tak ketinggalan rakan lama aku ogy..! terima kasih, terima kasih dan terima kasih semua di atas ingatan itu..! aku begitu menghargainya..!

Beginilah aku menghabiskan masa untuk hari ini.. seronok kan?! :D

Saturday, March 6, 2010

syukur alhamdulillah

aku cuba melakukan 1 perubahan demi kebahagiaan aku dan keyakinan diri aku.. tapi berbaloikah perubahan aku itu? apakah akan ada perubahan setelah perubahan nie aku lakukan? apakah ia masih tetap sama? atau mungkin ia menjadi semakin menghancurkan harapan? apakah aku masih ada peluang bagi membaiki keadaan? atau mungkin ia langsung tak memberi kesan?

kenapa aku masih terus mengharap? mengapa aku terus terusan begini? sedangkan telah jelas segalanya.. apa lagi yg aku tunggu? kerna sayang? adakah berbaloi sayang ku ini?

apakah hanya aku sorang yg sentiasa mengharapkan kebahagiaan? apakah hanya aku sorang yg ingin berubah dan membaiki keadaan? apakah hanya aku sorang yg masih sayang? apakah hanya aku sorang yg harus berkorban segalanya?

apa yg pasti..!!!
aku kena kuat.. aku kena kuatkan hati dan semangat ku untuk terus hidup sementara sampainya mati.. aku mesti buat apa yg harus aku buat..

Ya Allah..!
aku berlindung pada Mu..!
bantulah hamba Mu yg lemah ini..!
kuatkanlah hati dan semangat ku untuk menempuh segala dugaan Mu..!
sesungguhnya aku redha di atas segala cobaan Mu ini..!
ampunkanlah segala dosa hamba Mu ini..!
jadikanlah segalanya sebagai pahala buat ku..!
aminnn..!

Wednesday, January 13, 2010

bergaya dgn cerminmata baru





ari nie aku bergaya dgn cerminmata baru.. antara cerminmata yg paling mahal dalam hidup aku..!! wah..! terang dunia aku rasakan.. terang jugak la 'purse' aku kan.. hehehe.. tapi aku rasa ia berbaloi.. memandangkan dah teruk sgt 'power' cerminmata aku yg lama sehinggakan aku x dpt laksanakan tugas aku dgn sempurna..

cerminmata lama aku itu baru beberapa bulan aku pakai.. tapi ia x menepati kehendak mata aku.. itu la masalahnya kalau tempah di tempat aku nie kan.. "buat apa beli yg mahal2 asalkan nampak" nie laa apa yg cina kedai tu ckp.. kalau betul jelas pandangan mata aku, satu kelebihan laa pada aku jika ia murah kan.. tapi ia menyusahkan aku ada laa..

so.. terpaksa laa aku tempah yg baru di bandaraya tempat asal aku.. walaupun mahal tapi aku cukup selesa memakainya.. alhamdulillah..!

Monday, January 11, 2010

ntah la berapa lama aku dapat bertahan

ari nie..
aku start exercise..
aku harap aku dapat teruskan setiap ari.. ia amat berat untuk aku lakukan kerana aku dah lama tak buat.. dah bertahun..!

dahulu..
setiap petang aku akan bermain badminton.. bola jaring.. dan berbasikal (sambil memancing perhatian.. hehehe) ..

beberapa tahun yg lalu..
sambil menunggu anak habis kelas malam di sekolah, aku pg aerobik.. yupp.. aerobik..! wah..! seronok aku dapat exercise ngan muzik.. macam menari kan.. lagu rancak pulak 2..

sekarang nie pulak..!
aku exercise ngan nie.......!!!!!!!

Thursday, January 7, 2010

aku tak kisahhh...!

aku tak kisah
samada orang suka atau sayang pada aku atau tidak
aku tak kisah
andaikata orang mengatakan aku nie penyibuk antarabangsa
aku tak kisah
seandainya orang mengatakan bahawa aku nie berlagak nak tunjuk pandai
aku tak kisah
jika ada di antara orang yang rapat dengan aku, menganggap aku menunjuk bahawa akulah yang terbaik dan lebih tahu dalam segala hal

aku tak kisah dan malas nak ambil kisah pasal nie semua
aku hanya lakukan apa yang patut aku lakukan
aku menegur
aku menasihat
aku mengajar
aku beri contoh sebagai teladan dan sempadan

namun
aku tak minta balasan
aku lakukan semua itu hanya kerana Allah s.w.t.
itu tanggungjawab aku selagi aku hidup di dunia ciptaan Allah nie

namun aku juga sedar
aku tidak sempurna
tiada yang lebih sempurna selain Allah
aku berserah kepada Allah untuk menilai dan menghukum aku

jika sekiranya apa yang telah, sedang dan akan berlaku itu
sebagai dugaan atau balasan daripada Allah
aku redha
aku redha kerana Mu ya Allah

oleh yang demikian
tak perlulah kalian menyembunyikan rahsia hati
tak perlulah kalian mengata
tak perlulah kalian menunjukkan muka tak puashati
tak perlulah kalian mempamerkan muka benci meluat

aku akan terima
segala teguran
segala kritikan
segala maki hamun
semoga segalanya menjadikan aku lebih matang dan menjadi pengajaran

sayang..!
sayang..??
aku tak nafikan
setiap orang ingin menyayangi dan disayangi
aku sentiasa menyayangi..!
tapi apakah aku layak untuk disayangi..??
dan tak layakkah aku disayangi..??

apa yang pasti
hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui
isi hati aku
perasaan aku
aku berlindung pada Mu ya Allah
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010..!!!

begitu cepat 2009 berlalu
berbagai2 peristiwa manis, pahit, kelakar dll.
yg sering mengusik hati dan perasaan ini

yg berlalu biarkan berlalu
biar ia menjadi kenangan
biar ia menjadi teladan

semoga 2010 menjadi lebih baik lagi
lebih baik dari 2009
lebih baik dalam segalanya
insyaAllah