Friday, July 31, 2009

OH TUHAN!

Semalam di pejabat, aku menghadapi tekanan yang amat amat sangat. Agaknya tahap ketabahan aku telah sampai di kemuncak. Aku tak boleh menahan perasaan aku lagi. Lalu aku terus pulang ke rumah kerana aku tak sanggup lagi untuk menghadapi situasi yang begitu menekan. Sesak nafas aku! Aku lepaskan perasaan aku setibanya di rumah tanpa sesiapa mengetahuinya. Sehingga dada ku terasa amat sakit sekali. Tak pernah aku mengalami tekanan yang sebegini sejak 16 tahun aku bekerja di sini.

Satu demi satu masalah menimpa aku di pejabat. Semuanya seolah2 menuding jari kepada aku. Walaupun setiap kesalahan itu tidak berpunca daripada aku. Semuanya berpunca daripada mereka2 yang tidak bertanggungjawab. Tak cukup dengan itu, aku difitnah begitu dan begini. Oh Tuhan ! Sesungguhnya doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah! Jangan lupa itu kawan2 ku.

Petang semalam aku tak masuk kerja semula. Hari ini pun aku masih tak masuk kerja. Mungkin esok lusa pun sama. Aku tak heran kalau boss nak marah macamana sekali pun. Nak tolak gaji ke apa ke. Terpulang! Namun aku tak sanggup lagi berada di pejabat itu buat masa ini. Aku ingin menenangkan perasaan aku yang tidak keruan ini. Aku tak boleh bekerja dalam keadaan ini. Aku benar2 tak boleh!!

Sesiapa saja yang rapat dengan aku, akan mengatakan bahawa aku ni sabar orangnya. Kalian juga mengatakan bahawa aku boleh melalui segalanya dengan tenang dan tabah. Tapi sedarkah kalian semua bahawa aku juga manusia biasa seperti kalian?? Aku cuma manusia biasa! Aku sebenarnya tak kuat! Tak kuat! Cuma di luar nampak tenang tapi jauh di sudut hati, hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana bergelodaknya jiwa ini. Aku selalu menangis di dalam hati tanpa sesiapa mengetahuinya.

Kebetulan malam tadi merupakan malam Jumaat. Alhamdulillah! Aku dapat menunaikan solat hajat dan membaca Yasin. Semoga doa2 ku dikabulkan Allah s.w.t.! Hari ini jiwa aku sedikit tenang. Syukur ke hadrat Allah!


Namun untuk kembali ke pejabat, aku masih belum mampu lagi. Sorry boss! Bukan kehendak aku untuk jadi begini. Mungkin apa yang berlaku selama ini adalah disebabkan boss sendiri yang tidak tetap pendirian. Boss terlalu mudah percaya apa sahaja yang orang sampaikan walaupun ia merupakan fitnah untuk menjatuhkan aku. Tapi boss tak sedar. Jika mereka2 menjatuhkan aku, bermakna mereka juga hendak menjatuhkan syarikat yang boss bina sejak 16 tahun yang lalu. Apakah boss perasan itu semua? Kerana selagi aku di situ, boss, mereka tidak boleh membuat sewenang-wenangnya terutama sekali bab kewangan!. Sebab aku adalah seorang yang berpendirian tegas dan sentiasa mengikut apa sahaja arahan boss! Apakah boss tidak faham lagi bagaimana aku bekerja selama ini? 16 tahun bukannya masa yang singkat, boss! Sepatutnya boss sudah pun memahami bagaimana orang yang bernama aku! That’s why!

Boss juga pilih kasih! Benar2 pilih kasih! Bukan aku ni cemburu atau pun busuk hati! Not me! Tapi patutkah sekiranya dia orang buat salah dan tak bertanggungjawab dalam kerja, boss langsung tak marah? Sedangkan aku yang bertungkus lumus menjaga syarikat boss, dipersalahkan? Apakah ini adil boss? Apakah kau tau boss, disebabkan boss begitu, kerja2 di pejabat begitu TIDAK teratur. Bersepah sana sini! Kerja bertangguh! Tidak up-to-date langsung! Rekod tak lengkap! Lain yang disuruh, lain yang dibuat! Tak tau tapi nak tunjuk pandai! Tak ikut arahan langsung! Aku dibuat macam tunggul kayu mati di situ! Ada bagai tiada! Arahan aku bagai angin lalu sahaja! Terutama sekali orang yang boss sayangi kononnya! Fail2 tidak disusun dengan elok! Apakah pekerja begini yang boss sanjung tinggi? Menatang bagai minyak yang penuh? Hanya aku yang tau keadaan sebenar di pejabat, boss! But you know NOTHING!! Apakah ini boss yang saya kenal sejak 16 tahun dulu?

Aku juga tau, boss tak mahu memarahi mereka kerana bimbang mereka berhenti kerja. Maklumlah kalau ada kerja kosong di situ, tiada siapa yang berani untuk memohon selagi aku ada. Aku tau, angin fitnah bertiup kencang di luar sana mengenai aku. Kononnya aku ni sering marah2 membuatkan tiada siapa yang tahan bekerja di situ. Tapi kenalkah boss kepada aku? Yang sebenarnya aku marah sebab mereka2 tak membuat kerja dengan betul dan sempurna? Sedangkan selain dari kerja, aku layani mereka dan bercampur gaul dengan mereka bagai aku bergaul dengan anak2 aku sendiri. Bergelak ketawa. Berjalan sana sini dengan mereka. Makan bersama2. Aku jugakah yang dipersalahkan?

Walau apa pun boss, tolong jangan paksa aku untuk bekerja buat masa ini. Aku benar2 tak boleh. Cuma aku harapkan boss dapat menangani setiap masalah selama ketiadaan aku. I am really sorry boss!! Please take a good care of your own company. I know that I am not good enough for you. But all these days, I have tried the very best of me as your employee and as a senior. And I will always be.

Saturday, July 18, 2009

happy birthday to me..! happy birthday to me..!

hari lahir aku jatuh pada hari ini tanggal 18 Julai.. hari lahir yg ke berapa? hehe... sssyyyhhhh...! rahsiaaa..! (rahsia yg tak berapa nak rahsia) ala.. muda lagik apa.. masih nakal2 lagik taw.. tak habis2 nak ngusik org.. nak buli org.. tak taw laa kenapa.. suka sgt bab 2.. dah jadik hobi ms lapang lak skang nie.. hehe.. nasib laa sape yg jadik mangsa kan.. sabo je laa ek.. hihihi..

takde apa yg istimewa yg berlaku pada hari nie.. kecuali.. yg paling istimewa adalah hadiah drpd husband aku.. eee.. seronoknya dapat hadiah..! tak ketinggalan ucapan2 "happy birthday" drpd anak2 permata hati aku, ira ngan shafiq, kawan2 anak aku, sha, ida ngan ana, anak kakak aku. tak lupa gak mms comel dari bekas rakan sepejabat aku, ah keow.



kawan2 pejabat aku?? nampaknya diaorg lupa ataupon sengaja buat2 lupa.. takpe laa.. aku tak kesah.. aku tak harap pon diaorg celebrate apa2.. takkan aku nak ingatkan diaorg lak kan??!! macam apa laa pulak.. so.. just forget about it.. don't worry.. i really don't mind.. its ok..

malam aku pegi dinner ngan husband aku.. jgn jeles ek anak2.. mak gi dating ngan abah..! hehehe.. aduhh..! kekenyangan aku.. errrpp..! alhamdulillah..

tak kesah laa apa yg berlaku..
yg penting aku happy hari nie..
syukur ke hadrat Allah.

Saturday, July 11, 2009

alhamdulillah..!!

ari nie aku laa org yg pling2 gmbira.
org yg aku syg, org yg aku ksih, tlh trbuka htnya utk mnunaikn suruhan Allah s.w.t.
yg tlh lm d tgglkn.
alhamdulillah.. syukur..!!
doa aku tlh d mkbulkan.


ya Allah..!
ampunkn laa sgla dosa2nya.
brikn laa ptunjuk kpdnya.
limphkn laa rhmt utknya.
tntramkn laa htnya.
brikan laa kekuatn kpdnya utk menghadapi sgla dugaan hdup.
amin..!!

Wednesday, July 8, 2009

happy birthday my dear husband


ari nie ari lahir husband aku yg tercinta. xde apa yg istimewa pd ari nie. cm mcm thun2 sblomnya, adiah msti ada utknya. xprnh aku lupa sjak dlu lgik. dlu skrg2nya aku bg kad ucp slmt.
"SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 45..!!
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..!!
serta dirahmati Allah s.w.t. sentiasa..!!

Friday, July 3, 2009

kmbali sprti biasa

ari nie khidupn aku blik sperti biasa. tggl br2 je ngan suami trcinta. ank2 dh pg bljr. aku ngan keje aku. suami aku ngan keje dia. tp ari nie dia ct. lepak kt rmh ngan wiring rmh kmi yg hmpir siap. aku sibuk ngan keje aku yg trgndala sbb ct smlm. ltih ngan mngntuk sgt mt aku nie. tp trpksa aku lupakan wat smtara wk2 dmi utk mnyiapkn keje2 aku. mklum laa awl bln mmg bgni. sblh2nya aku elak ct wk2 awl bln. sbb ia akn mnyusahkn aku sdiri. lgpon aku nie blh diktakan 'workaholic'. hahaha.. 2 yg slalu aku kn bebel ngan 'tok' 2 (biasa mak nenek yg mbebel kn). lmbt blik laa.. keje xkira wk2 laa.. ari ct pon nk keje gak.. well.. that's me.. 1 ari aku dok kt rmh, aku xtau nk wat pe. ke dpn ke blkg. dh pnt dok, bdiri lak. pnt bdiri, dok blik. wat 2 xkena, wat nie xkena. pe pon yg aku wat, srba xkena. jdik lbih baik aku keje. keje, keje ngan keje. dpt gak wit. blh laa bli pe yg aku inginkn. x laa hrp suami aku 100%. klu aku dok rmh, xde wit. klu xde wit, aku xdpt pg jln2.. huwaa...!! 2 yg blh wat aku skit jiwa tau x.. 2 slh 1 hobi aku. pg jln2 wat jiwa aku tenang.

snyi.. xde glak ktawa ngan riuh ank2 bertekak. tp aku dh biasa. aku trpksa brkorban dmi utk ms dpn ank2 aku sdiri. smoga ank2 aku hdup sng d ms dpn. ingt ank2 aku..! jgn skali2 tgglkn solat 5 wk2. sntiasa brdoa memohon drpdNya tnpa ada rs jemu. jgn skali2 lupa kpdNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.. Maha Berkuasa.. Dia yg mngatur ngan menentukan sglanya. Maha Suci Allah. mk akn stiasa mndoakn ank2 mk.

Thursday, July 2, 2009

2.7.2009

ari nie aku sekeluarga hntar ank llaki aku msuk kbu international college sbagai persediaan utk ke australia 2011.. lega sgla2nya dh slsai tnpa ada sebrg mslh.. alhamdulillah..