
Kononnya aku ni Ketua Kerani kat sini. Tapi macam tunggul je dia orang buat. Cakap aku tak de sape yang dengar. Arahan aku tak de sape yang peduli. Lain yang aku arahkan, lain yang dia orang buat. Ada aku di sini bagai tiada. Aku seolah2 tak diperlukan di sini lagi. Kalau aku tak de kat sini, orang tak heran langsung. Malah orang lebih suka. Memang itu yang orang harap2kan selama ini.
Agaknya orang dah betul2 meluat ngan aku. Maklum la aku ni suka2 je marah orang kononnya. Buruk sangat la perangai aku ni. Baran sangat la aku ni. Sampai kalau ada keje kosong kat sini, orang tak berani nak apply kononnya takut tak tahan ngan baran aku ni. WTH..!!!
Orang lain tak tahu cite sebenar di sini. Aku ni bukan jenis baran tak tentu pasal. Memang aku selalu marah2. Tapi kalau dia orang ada buat salah dalam bab keje je. Buat tak betul, tak kena sehingga boleh menjejaskan keje orang lain ngan syarikat kerana keje di sini berkait. Aku memang tegas dalam bab keje ni. Tak tahu ke dia orang nak membezakan TEGAS dan MARAH?? Tak cukup ngan itu, aku akan disoal pulak ngan boss. Kalau disoal takpe lagik. Kalau dimarah?? Bukan dia orang yang buat salah yang kena marah. Well..! Aku ketua kat sini. Jadi terpaksa la aku hadapinya secara profesional.
Masalahnya sekarang, dah la dia orang tak ambik kesah bab aku, boss pun sama termakan hasutan dia orang. Dia percaya segala cite orang tentang aku. Jelas segalanya fitnah. OMG..!Dulu dia kata dia lebih percaya cakap orang lama tapi apa yang berlaku sekarang ni? Dia lebih percaya cakap orang baru yang belum betul2 mengenali aku atau sengaja tak mahu mengenali aku @ PHD. Aku seolah2 tak diperlukan di sini. Kalau ada apa2, dia akan terus berurusan ngan dia orang, tidak lagik melalui aku. Macam aku pulak yang tak buat keje kan? Macam aku ni pulak yang tak boleh diharap kan? Sedangkan selama 16 tahun ni aku jaga syarikat dia macam aku jaga syarikat aku sendiri. Dia orang yang buat keje main2, yang tak de rasa tanggungjawab pada keje, aku pulak yang kena. Patut ke? Do u think i'm stupid, boss? Aku dah faham segala taktik dan putar belit ko, boss..! Segalanya dalam poket aku ni..! Orang politik la katakan. Ko cakap la apa saje. Ko kelentong la apa pun. I'm not that stupid , boss. Diam aku bukan bermakna aku percaya, bukan bermakna aku tak tau apa2. Cuma aku MALAS nak memanjangkan cite. Kalau aku bercakap, nanti aku jugak yang disalahkan, betul tak, boss?? So diam itu adalah tindakan yang sebaik2nya untuk aku dalam menghadapi sesuatu situasi tu.
Manusia ni memang mudah lupa! Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah!
Bila difikirkan segala yang berlaku ini, membuatkan aku rasa ingin mengundurkan diri dari sini. Malah dah beberapa kali aku berhasrat begitu. Tapi suami aku tidak merelakan. Dia suruh aku keje selagi boleh. Lagi pun kalau aku duduk kat rumah bukannya ada sesape pun. Anak2 semua pergi belajar jauh. Belanja aku pun tak de nanti. So aku kena teruskan walau seberat mana tanggungan perasaan aku ni. Aku kena kuat..!! Bantu la aku, ya Allah! Kuatkan la hati hamba Mu ini! Aku serahkan segalanya kepada Mu, ya Allah!
Aku akan cuba untuk tidak mempedulikan segala yang berlaku demi kerana kebenaran dan keikhlasan aku. Biar apa pun orang kata, biar apa pun yang orang nak cakap, aku perlu berdiri dan terus berdiri selagi aku di sini. InsyaAllah. Dengan rahmat Mu ya Allah!
No comments:
Post a Comment