Tuesday, September 29, 2009

akhirnyaaa...!!

akhirnya tahun nie dapat jugak aku beraye di rumah aku sendiri.. setelah berbelas tahun beraye di pahang - rumah mertua.. alangkah gembiranya aku ngan anak2..sekurang2nya berlainan suasana.. tidak la sama je setiap tahun..

bukan aku tak suka beraye di sana.. tapi aku sukakan kelainan.. kerana perkara atau benda yang sama2 berulang2 membuatkan aku bosan..

aku jugak teringin beraye di rumah sendiri kerana rumah aku pon dah siap diubahsuai.. bila beraye di rumah sendiri, ada jugak adik beradik, saudara mara dan kawan2 datang beraye jika dibandingkan ngan beraye di pahang.. tak ada sesiapa pon yg nak atau boleh datang.. yg datang semuanya aku tak kenal.. so di manakah keseronokannya beraye??

oleh kerana itu, aku telah berpakat ngan biras2 aku ( persatuan menantu2 bakri ) untuk perancangan beraye di rumah aku.. hehehe.. hasil kerjasama daripada pengerusi ngan setiausaha, akhirnya perancangan kami berjaya.. lol..

dan aku harap.. tahun2 berikutnya akan ada perubahan jugak.. kami persatuan menantu2 bakri akan membuat perancangan atau aktiviti dari semasa ke semasa.. insyaAllah..!! ceewaahh..! well setiausaha..!! what do u think? aku harapkan idea daripada ahli2 yg lain k..

Monday, September 7, 2009

8 September, 2009

hari nie genap laa 16 tahun aku bekerja di sini. tapi takde yg istimewa berlaku. segalanya berjalan seperti biasa.

berbagai2 kerenah manusia aku lihat. berbagai2 dugaan aku lalui. ada suka. ada duka. ada benci. ada sayang. ada tak puashati. banyak sgt PHD. adakalanya aku bosan dengan apa yg berlaku. sehingga adakalanya aku rasa ingin mengundurkan diri. tapi aku masih di sini.! ada mata yg begitu tak menyenangi kehadiran aku di sini. namun aku masih di sini.! hahaha.. alhamdulillah.! Allah menguatkan hati ini untuk terus berkhidmat di sini. syukuurrr.!

tahun lepas, genapnya 15 tahun, aku mendapat sebuah jam tangan 'longines' sebagai cenderamata dari syarikat. aku melonjak kegembiraan.! walaupun aku tau ada hati yg kurang senang dengan pemberian itu. aku buat tak faham.!

aku tak dapat pastikan sampai bila aku akan terus di sini. yg aku pasti suatu hari suatu ketika aku pasti akan mengundurkan diri jugak. yg aku tau, selagi aku di sini, aku akan cuba menjalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin. biar bagaimana diaorg cuba menjatuhkan aku. selagi Allah tetapkan rezeki aku di sini, selagi itu laa aku akan terus di sini. insyaAllah.! biar apa pun yg org lakukan terhadap aku, aku redha dan percaya bahawa Allah ada bersama org2 yg benar.

so.. kita enjoooyyyy...!!! ooopppsss..! jgn salah sangka.! kan lebih baik kita enjoy working dari stress.?