Thursday, January 7, 2010

aku tak kisahhh...!

aku tak kisah
samada orang suka atau sayang pada aku atau tidak
aku tak kisah
andaikata orang mengatakan aku nie penyibuk antarabangsa
aku tak kisah
seandainya orang mengatakan bahawa aku nie berlagak nak tunjuk pandai
aku tak kisah
jika ada di antara orang yang rapat dengan aku, menganggap aku menunjuk bahawa akulah yang terbaik dan lebih tahu dalam segala hal

aku tak kisah dan malas nak ambil kisah pasal nie semua
aku hanya lakukan apa yang patut aku lakukan
aku menegur
aku menasihat
aku mengajar
aku beri contoh sebagai teladan dan sempadan

namun
aku tak minta balasan
aku lakukan semua itu hanya kerana Allah s.w.t.
itu tanggungjawab aku selagi aku hidup di dunia ciptaan Allah nie

namun aku juga sedar
aku tidak sempurna
tiada yang lebih sempurna selain Allah
aku berserah kepada Allah untuk menilai dan menghukum aku

jika sekiranya apa yang telah, sedang dan akan berlaku itu
sebagai dugaan atau balasan daripada Allah
aku redha
aku redha kerana Mu ya Allah

oleh yang demikian
tak perlulah kalian menyembunyikan rahsia hati
tak perlulah kalian mengata
tak perlulah kalian menunjukkan muka tak puashati
tak perlulah kalian mempamerkan muka benci meluat

aku akan terima
segala teguran
segala kritikan
segala maki hamun
semoga segalanya menjadikan aku lebih matang dan menjadi pengajaran

sayang..!
sayang..??
aku tak nafikan
setiap orang ingin menyayangi dan disayangi
aku sentiasa menyayangi..!
tapi apakah aku layak untuk disayangi..??
dan tak layakkah aku disayangi..??

apa yang pasti
hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui
isi hati aku
perasaan aku
aku berlindung pada Mu ya Allah
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

No comments: